DUGAAN UTK KAMI PART 2



*****dalam otak aku dah muncul macam2 dah...rasa cam dah takleh nak berfikir secara positif dah..unaa dah try nak calm down kan aku..relax na..bawak bersabar dan doa banyak2.. aku dah packing ape yang patut..balik emergency camnih kena bawak balik apa yang perlu je..make up ke apa ke aku dah tak peduli..benda2 tu da diharamkan untuk jadi penghuni beg galas aku tuh..tepat pukul 1230 pagi ayah aku sampai di perkarangan mahallah aku..aku terus bergegas turun..jalan pon rasa cam dah tak pijak tanah dah...



kami bertolak dari UIA kira2 jam 1245 pagi...masa tu hanya tuhan je tahu camne perasaan kami..ayah aku yang memang terkenal dengan perangai dia yang riuh rendah tu tiba2 jadi diam..memandu dengan penuh kusyuk aku tengok..adik aku dah nampak cam muka cuak..apa taknya..ayah drive dengan kelajuan 140..160..aku beristighfar banyak2..dalam hati penuh dengan harapan semoga kami selamat sampai dan adik aku akan selamat semuanya.. aku tak putus2 berdoa semoga segalanya akan selamat..sepanjang perjalanan, mata aku ni sekalipon tak pernah rasa mengantuk atau pun tersengguk..



tepat jam 5.00 pagi..kami sampai ke perkarangan hospital sultanah nur zahirah..abang ipar aku terus meluru ke arah ayah aku...dia cakap adik aku sedar cuma darah terlalu banyak yang keluar..




aaargh!!! ni takleh jadi nih..aku terus tanya abang ipar aku mana ward adik aku ditempatkan..
masa tu jantung aku rasa cam nk luruh je..berdebar2 camne la rupa adik aku ni..aku kuatkan semangat..dari jauh mata aku da tertacap kat dua orang wanita yang masih merah dan bengkak matanya..kesan dari hamburan airmata seorang ibu yang terlalu kasihkan anaknya..selepas itu mata aku tertacap pada sekujur tubuh yang kaku..yang lemah..yang bernafas dengan bantuan oksigen...yeee...aku pasti..itu adalah adik ku...aku terus bersalam dan mencium pipi dan dahi kedua2 wanita itu...hati aku tiba2 sebak...melihat pada sekeping wajah yang bengkak sehingga tak menyerupai wajah asal dia..darah masih lagi mengalir dari hidungnya..dia cuba untuk menanggalkan topeng oksigennya..cuba untuk mengatakan sesuatu pada ku...aku mendekatkan telinga ku ke mulutnya..



******hari ini..alhamdulillah..aku bersyukur..dia menampakkan perubahan positif yang banyak...boley bercakap dan makan serta minum walaupun dalam kuantiti yang sedikit.. DAN pagi tadi die sekali lagi di x-ray dan scan.. dan result nya betol2 membuatkan aku kembali risau.. dia terpaksa di operate kerana tulang pipinya hancur..rahang gigi dah xberada kt kedudukan asal..2 tulang bahagian sebelah hidung pun remuk...



Aku mendoakan semoga segala2nya akan berjalan lancar dan adikku selamat menjalani pembedahan..amin..amin... dan aku amatlah mengharapkan doa dari kalian sekalian untuk adik ku wan muhammad arif....





DUGAAN UNTUK KAMI PART 1


Mengimbau kembali.. setelah seharian aku berkejar ke sana ke mari, jam 6.30 petang baru aku sampai bilik. perjalanan dari kuliah ke mahallah aku memang menuntut kudrat diri yang dah terkerah selama 4 tahun sebelum nih..zaman aku undergraduate dulu.. dengan mata yang terpaksa menahan sinaran mentari..dengan kulit yang memang dah lama imum dengan sengatan mentari yang berbahang...aku bukan macam gadis lain kot,,guna payung..gara-gara nak jaga kulit dari sunburn..dari dulu lagi keje aku memang meredah je..kulit pon sama malap dengan bontot kuali..aku rasa lagi cantik dan cerah kot bontot periuk yang mak aku sental kesan dari jelaga yang memang suka sangat jadi penghuni periuk..



**********************
kaki aku dah kebas kesan dari pengembaraan yang jauh tu..aku sapukan minyak kat telapak kaki sambil mengurut2 kaki yang dah takleh berpijak sebab lenguh.. pas maghrib aku tertido camtu je..tiba2 handphone aku yang tak berapa bunyi tak bunyi tu vibrate..tertera kat skrin hp tu 'ayoh'...aku cepat2 jawab kol..then ayh aku tanya..'ngoh tengah tido ke?'..
**********************
pastu aku sambung lagi tido sampai isyak...pas isyak..tiba2 hp aku berbunyi lagi..tertera nama 'ayoh' memanggil..aku cepat2 jawab..'Assalamu'alaikum...ngoh..tadi abang long tepon ayoh..adik accident..cedera parah jugak'..aku terkedu..aku ni bermimpi ke ape..baru minggu lepas aku duk mesej2 dengan adik aku tu..dalam sedar tak sedar aku terus cakap..'ayoh..kite balik la'

~~~HARAPANKU....IMPIANKU~~~~


Aku tidak faham kenapa sikapnya begitu...tidak juga memahami apa yang dia nak sebenarnya... namun aku selalu berfikir, pasti segala-galanya adalah untuk kebaikan kami...aku tidak mahu bertanya...sebab aku tau aku juga mungkin tidak mampu untuk memahaminya...apa-apa pun aku hanyalah gadis biasa yang ingin menjadi luar biasa..from nobody to somebody...somebody that can be extraordinary person in your life..willing to complete your life..sama-sama berjuang di bawah keredhaanNYA..di bawah lembayung rahmatNYA...

semoga semua ini akan mempunyai kesudahan yang baik...dipermudahkan segala-galanya.. ditetapkan iman...yang akhirnya mampu membina sebuah masjid yang penuh dengan nikmat, redho dan barokah dari-NYA....amin...amin...





MMmmUAahh!! i'm lovin' it

love this song...it's sound catchy....like it too much!!

CREDIT TO TENGKU ZAWANI @( ^_ <)@





TERIMA KASIH CINTA


1st time dengar lagu nih aku macam menyampah....entah pape la lirik lagu ni...malam tadi dengar cam best jugak lagu nih...adakah ia membawa maksud yang mendalam dalam hidup aku??? oouh... no....no.....no... =)




~~~~~SEDIHLAA SEADANYA~~~~


Seketika kelas master belum bermula, aku mengambil masa ni untuk merenung kembali..mengimbau kembali kehidupan yang aku jalani dari matrik uia sehingga aku abis pengajian di peringkat degree...terlalu banyak benda yang boleh aku jadikan 'the best teacher' dalam hidup aku..sama ada dalam pelajaran mahupun kehidupan aku yang sebenar.. bermacam2 orang dan bermacam2 ragam telah aku temui..


yee...bila fail dalam sesuatu subjek..even benda tu orang tengok very simple thing..tapi yang menanggung adalah kita..mengucap di bibir memang mudah..tapi hati yang menanggung sakit derita...teringat aku time result akhir matrik uia kuar, jantung aku macam direntap..disentak...bila subjek chemistry aku fail..ini bermakna aku kena re-sit subjek tu memandangkan aku da abes sesi pengajian di matrik..last result menentukan sama ada aku berjaya atau tak untuk melanjutkan pelajaran di UIA GOMBAK...time kawan2 da start mendaftar sebagai pelajar baru di gombak..aku menggalas beg skolah aku ke matrik pj untuk re-sit subjek chemistry..memandangkan aku ni budak terengganu dan tak ada saudara mara kat KL nih...aku terpaksa tidur dalam stor yang penuh ngan barang2 budak2 1st year matrik.. aku still teringat macam mana aku tidur berbantalkan kotak..berselimutkan kain batik..kira kanan,depan belakang, sumenya kotak dan barang derang...aku memang xpandai dan xberminat ngan subjek chemistry...

------------------
sekarang ni pengalaman mere-sit ni akan dilalui oleh seorang teman dan sahabat yang paling rapat ngan aku..yang mengenali aku..bukan setakat perangai aku tapi dialah yang selalu menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa..berkongsi suka duka..malam tadi dia mesej aku..
sahabat: na,aku fail *** ,down sgt weh!
ina: sabar2 (aku terkedu)
sahabat: na, aku xkuat..down sangat2..
-------------------
untukmu sahabat ku...
bukan ini yang kita minta terjadi..sebaliknya aku sangat berharap untuk sama2 berjuang menempuh perjuangan yang baru bermula...selama ni..kita sabar dan terus berusaha walaupun kadang2 kejayaan xmemihak kepada kita..bukan xberusaha..tapi...mungkin bukan rezeki untuk kita lagi..
------------
mohonlah kepadaNYA supaya jangan sesekali kita tergolong dalam golongan orang yang berputus asa...berikanlah kekuatan dan permudahkanlah segala urusan kehidupanku...tetapkanlah hatiku dalam agamaMU..
------------
jangan sesekali give up dan berputus asa..kerana ada dua insan yang sudah berpuluh tahun mengerah kudrat dan membanting peluh semata2 kerana kita...yang sentiasa mendoakan kejayaan untuk kita...2 insan yang xpenah berputus asa untuk berjuang demi sbuah kehidupan yang sejahtera untuk anak2....
-------------
2 insan itu adalah~~~~~
~~~~~IBU DAN AYAH~~~~~

SOALAN BERHANTU



bila dah sambung master ni macam2 soalan pelik bin ajaib yang yang diajukan oleh kawan2 aku...ina!! ko sambung belajar lagik ke??ooi..ko xtakut ke..umur kita nih da 24..next year da nak masuk 25..ko xnak kawen ke??xelok ko kawen lewat2..nanti hormon kesuburan dah slowdown..haisshh!!! yeke???aku ni xamik biology..yee..memang diakui ramai dah kawan2 aku yang dah bertunang,kawen dan ada yang dah ada anak..tapi aku xrigid sangat ngan condition nih..nape nak fix sangat ngan sesuatu situasi tu..fact sangat ke benda nih?? bagi aku setiap orang jodoh derang lain2..ada yang umur 18 dah kawen..xtunggu abes degree pon baru nak kawen.. ade org umur 28, 29 baru kawen...haishh!!mungkin mentaliti derang pas abes degree je wajib kawen..bagi aku...aku ni kakak..haha..adik pon ada 8 org lagik bawah aku...punya big responsibility dalam family beb.. so,,mungkin akan tiba saat dan ketikanya aku akn kawen tapi xtaula kan!!~~sigh~~xpe2..dun worry..nanti aku nak kawen..aku buat kad kawen sebesar kad manila tuh...then post kat korg>>amacaaaam..heheehe~~~~














~~~sAmBunG NgaJiiii LaGiK!!~~~



28hb malam,aku bertolak menaiki bas SP BUMI ke uia..sampai greenwood kul 430pagi..pakcik ni terbang ke apa bawak bas camtu..cuak seh!! sampai greenwood banyak teksi yang tersadai menunggu penumpang..hemmm...aku lagi cuak sebab aku ni pompuan..tawakkal jelaa..

29hb..aku tumpang bilik dayah..budak yang bakal mengambil master jugak..dayah duplicate key bilik tu semata2 kerana nak kurangkan bajet..ktorg memang da expert sangat dengan keje2 squatting nih..haha..on that day, i have to settle all important matters..pi ANR ambik full transcript then bawak pi CPS (Center of Postgraduate Studies)..then derang terus bagi offer letter..aku terpaksa buat camni memandangkan sume budak engineering yang akan melanjutkan pelanjutkan pelajaran ke peringkat master dah dapat offer letter..i'm the only one who didn't get offer letter yet becoz of a small problem..nyampah tolla ngn uia nih!!~~~dush3..aku di offer untuk ambik Master of Science (Materials Engineering)..alhamdulillah..


30hb..cam bese aku dengan dayah melenggang kangkung nak pi regist master kt CAC..ramai gila mamat2,minah2,pakcik dan makcik foreigner..melayu boleh bilang berapa kerat je..aku tak suka tempat crowded..petang baru abes sesi registration..


selama ni ada la jugak duk berangan2 nak duk kolej halimah ke, maryam ke, dan kolej yang paling ktorang xnak adalah ruqayyah..sekali pihak CPS bagi sume budak posgraduate kene duduk ruqayyah..time tu aku rasa nak rebah terguling2 macam tenggiling je..apa tak nye..kolej tu dahla sunyi..duk skali dengan foreigner lelaki..tambah2 plak aku ada dengar yang kolej tu ada bad record..sorang budak undergraduate kene R**E sem lepas..mak aii!!! lagila aku bertambah seram..


nak xnak aku kene time jugak..then beselah..bila dah duduk tempat baru nih..kene lah kenal mengenal..takkan nak jadi kera sumbang kot!! then ni dia kawan2 baru aku.. WANI~~ dak graduated dari wales,UK...AINUL & FITRI~~~ dak graduated dari al-azhar,KAHERAH... pergh!! sume dak terer2..aku..a.k.a wan roslina graduated from iium..haaa..kat mane tu?? cam xkenal je..hahahahaha (^_ <)...














~~~UNDER CONSTRUCTION~~~

MY BLOG UNDER CONSTRUCTION!!! SOOOORIII..=(

Back to Home Back to Top @ME >WAN ROSLINA< MYSELF@. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.