~~NAK JADI KUAT MACAM MAK~~



Lately aku jarang meng'update' blog nih. mungkin masa yang begitu terbatas untuk aku berblogging. sekarang ni masa seolah-olah macam tak cukup untuk aku.alangkah baik kalo sehari ade 48 jam. haha..ape daaa aku nih..tak bersyukur langsung dengan nikmat yang Allah berikan. Astaghfirullahalazim....=( yee..aku bersyukur sangat kerana masih lagi diberi nikmat kesejahteraan diri. sakit pon sikit-sikit jah.. beselah tu..


dua tiga bulan ni..pelbagai dugaan yang diberikan untuk menguji tahap keimanan hamba-hambaNya yang kerdil ni..luluh hati bile teringatkan mak..sejak adik sulung lelaki aku accident, dielah insan yang paling penat,paling letih, paling kuat kesabarannye. memandangkan ayah aku tidak berada di rumah, jadi dialah yang terpaksa take over tugas bapak aku sekejap.. last wednesday, adik aku selamat menjalani operation untuk bahagian tulang pipinya yang remuk dan hancur..mak jugaklah yang terpaksa berulang alik ke hospital memandangkan adik aku tak nak orang lain jage die. mak terpaksa tidur di atas kerusi plastik tu.mak terpaksa mengelap badan adik bile ade darah yang mengalir.mak suapkan air sedikit demi sedikt bile adik mengerang dahaga. padahal doktor tak benarkan adik minum air.tapi hati ibu mane yang
sanggup tengok anak dalam keadaan begitu.


setelah penat seharian menjaga adik, mak mintak kat adik..die kena balik umah sekejap memandangkan takde sape-sape yang nak layan 5 orang lagi adik aku kat umah time berbuke puase. mak jugakla yang balik masak. then die sempat pi terawih lagik..kagum dengan mak!! =) then after terawih mak mintak ayah hantarkan die pi hospital sebab kene jaga adik. ayah pon temankan sekali. semalam mak mengadu kat aku yang die rasa tak larat sikit kerana penangan berjage malam kat hospital tu.


mak terpaksa berulang alik pi hospital..da hampir sebulan da.. sebab adik kene follow up check up..aritu mak cakap lagi, die tak bersemangat untuk raya tahun nih.bile dengar mak cakap camtu, hati mula nak menangis.tapi tahaaan..aku nak jadi kuat macam mak!! even mak tak berpelajaran tinggi tapi mak tetap boleh independent. die tak penah takut. jarang nak menyusahkan orang.selagi dia mampu buat,she will do it by herself.


ni rasa tak sabar nak balik umah.nak tolong ape yang patut.at least khidmat diri aku amat diperlukan untuk masa sekarang nih. mak..maafkan ngoh sebab tak dapat nak tolong ringankan beban mak buat masa nih.. 10hb september ni ngoh balik!!






2 comments:

::9W2PHY:: \(^_')/ Fri Aug 28, 01:30:00 AM 2009  

sabar ye iena..

xOxO~fixa~ Fri Sep 18, 09:34:00 PM 2009  

ina...tabah k...ko akan jadi org yg hebat satu hari nanti...
percaya pada kemampuan diri k...
all da best na...=)

Back to Home Back to Top @ME >WAN ROSLINA< MYSELF@. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.