Seketika kelas master belum bermula, aku mengambil masa ni untuk merenung kembali..mengimbau kembali kehidupan yang aku jalani dari matrik uia sehingga aku abis pengajian di peringkat degree...terlalu banyak benda yang boleh aku jadikan 'the best teacher' dalam hidup aku..sama ada dalam pelajaran mahupun kehidupan aku yang sebenar.. bermacam2 orang dan bermacam2 ragam telah aku temui..
yee...bila fail dalam sesuatu subjek..even benda tu orang tengok very simple thing..tapi yang menanggung adalah kita..mengucap di bibir memang mudah..tapi hati yang menanggung sakit derita...teringat aku time result akhir matrik uia kuar, jantung aku macam direntap..disentak...bila subjek chemistry aku fail..ini bermakna aku kena re-sit subjek tu memandangkan aku da abes sesi pengajian di matrik..last result menentukan sama ada aku berjaya atau tak untuk melanjutkan pelajaran di UIA GOMBAK...time kawan2 da start mendaftar sebagai pelajar baru di gombak..aku menggalas beg skolah aku ke matrik pj untuk re-sit subjek chemistry..memandangkan aku ni budak terengganu dan tak ada saudara mara kat KL nih...aku terpaksa tidur dalam stor yang penuh ngan barang2 budak2 1st year matrik.. aku still teringat macam mana aku tidur berbantalkan kotak..berselimutkan kain batik..kira kanan,depan belakang, sumenya kotak dan barang derang...aku memang xpandai dan xberminat ngan subjek chemistry...
~~~~~SEDIHLAA SEADANYA~~~~
Posted by
Wan Roslina Wan Mohd
Monday, July 6, 2009
------------------
sekarang ni pengalaman mere-sit ni akan dilalui oleh seorang teman dan sahabat yang paling rapat ngan aku..yang mengenali aku..bukan setakat perangai aku tapi dialah yang selalu menjadi tempat untuk aku meluahkan rasa..berkongsi suka duka..malam tadi dia mesej aku..
sahabat: na,aku fail *** ,down sgt weh!
ina: sabar2 (aku terkedu)
sahabat: na, aku xkuat..down sangat2..
-------------------
untukmu sahabat ku...
bukan ini yang kita minta terjadi..sebaliknya aku sangat berharap untuk sama2 berjuang menempuh perjuangan yang baru bermula...selama ni..kita sabar dan terus berusaha walaupun kadang2 kejayaan xmemihak kepada kita..bukan xberusaha..tapi...mungkin bukan rezeki untuk kita lagi..
------------
mohonlah kepadaNYA supaya jangan sesekali kita tergolong dalam golongan orang yang berputus asa...berikanlah kekuatan dan permudahkanlah segala urusan kehidupanku...tetapkanlah hatiku dalam agamaMU..
------------
jangan sesekali give up dan berputus asa..kerana ada dua insan yang sudah berpuluh tahun mengerah kudrat dan membanting peluh semata2 kerana kita...yang sentiasa mendoakan kejayaan untuk kita...2 insan yang xpenah berputus asa untuk berjuang demi sbuah kehidupan yang sejahtera untuk anak2....
-------------
2 insan itu adalah~~~~~
~~~~~IBU DAN AYAH~~~~~
1 comments:
3 star tu..mcm leh predict je subj ape~
huu~tell her..it's not d end selagi lom ada happy ending =)
Post a Comment