*****dalam otak aku dah muncul macam2 dah...rasa cam dah takleh nak berfikir secara positif dah..unaa dah try nak calm down kan aku..relax na..bawak bersabar dan doa banyak2.. aku dah packing ape yang patut..balik emergency camnih kena bawak balik apa yang perlu je..make up ke apa ke aku dah tak peduli..benda2 tu da diharamkan untuk jadi penghuni beg galas aku tuh..tepat pukul 1230 pagi ayah aku sampai di perkarangan mahallah aku..aku terus bergegas turun..jalan pon rasa cam dah tak pijak tanah dah...
kami bertolak dari UIA kira2 jam 1245 pagi...masa tu hanya tuhan je tahu camne perasaan kami..ayah aku yang memang terkenal dengan perangai dia yang riuh rendah tu tiba2 jadi diam..memandu dengan penuh kusyuk aku tengok..adik aku dah nampak cam muka cuak..apa taknya..ayah drive dengan kelajuan 140..160..aku beristighfar banyak2..dalam hati penuh dengan harapan semoga kami selamat sampai dan adik aku akan selamat semuanya.. aku tak putus2 berdoa semoga segalanya akan selamat..sepanjang perjalanan, mata aku ni sekalipon tak pernah rasa mengantuk atau pun tersengguk..
tepat jam 5.00 pagi..kami sampai ke perkarangan hospital sultanah nur zahirah..abang ipar aku terus meluru ke arah ayah aku...dia cakap adik aku sedar cuma darah terlalu banyak yang keluar..
aaargh!!! ni takleh jadi nih..aku terus tanya abang ipar aku mana ward adik aku ditempatkan..
masa tu jantung aku rasa cam nk luruh je..berdebar2 camne la rupa adik aku ni..aku kuatkan semangat..dari jauh mata aku da tertacap kat dua orang wanita yang masih merah dan bengkak matanya..kesan dari hamburan airmata seorang ibu yang terlalu kasihkan anaknya..selepas itu mata aku tertacap pada sekujur tubuh yang kaku..yang lemah..yang bernafas dengan bantuan oksigen...yeee...aku pasti..itu adalah adik ku...aku terus bersalam dan mencium pipi dan dahi kedua2 wanita itu...hati aku tiba2 sebak...melihat pada sekeping wajah yang bengkak sehingga tak menyerupai wajah asal dia..darah masih lagi mengalir dari hidungnya..dia cuba untuk menanggalkan topeng oksigennya..cuba untuk mengatakan sesuatu pada ku...aku mendekatkan telinga ku ke mulutnya..
******hari ini..alhamdulillah..aku bersyukur..dia menampakkan perubahan positif yang banyak...boley bercakap dan makan serta minum walaupun dalam kuantiti yang sedikit.. DAN pagi tadi die sekali lagi di x-ray dan scan.. dan result nya betol2 membuatkan aku kembali risau.. dia terpaksa di operate kerana tulang pipinya hancur..rahang gigi dah xberada kt kedudukan asal..2 tulang bahagian sebelah hidung pun remuk...
Aku mendoakan semoga segala2nya akan berjalan lancar dan adikku selamat menjalani pembedahan..amin..amin... dan aku amatlah mengharapkan doa dari kalian sekalian untuk adik ku wan muhammad arif....
|